Thursday, 26 May 2011

Piala Sudirman: Malaysia Tumbang Ditangan Korea


Malaysia gagal mencapai sasaran mara ke separuh akhir kejohanan badminton Piala Sudirman 2011 apabila dikecewakan Korea selatan 3-2 dalam peringkat suku akhir. Meskipun mendahului 2-1 selepas 3 perlawanan, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Korea yang memiliki skuad yang lebih lengkap berbanding Malaysia. 

Perlawanan pertama menemukan pasangan beregu campuran Koo Kien Keat dan Chin Eei Hui dengan pasangan Korea Ko Sung Hyun dan Jung Eun Ha. Pasangan Korea yang menduduki rangking ke-8 BWF itu ternyata bukan tandingan pasangan Malaysia. Mereka menenundukkan Koo dan Chin dengan straight set 21-17, 21-17.

Kemudian, pemain no. 1 dunia, Lee Chong Wei turun dalam misi untuk mengambalikan pasukan negara dalam perburuan tempat ke separuh akhir. Beliau memang tidak menghampakan apabila mudah menewaskan Park Sung Hwan dengan keputusan 21-18, 21-14.

Skuad negara kemudiannya mendahului Korea 2-1 apabila pasangan beregu lelaki yang meletakkan Tan Boon Heong berpasangan dengan Hoon Thien How, satu percaturan taktikal dari Malaysia, menewaskan pasangan Korea, Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung. Pertembungan sengit itu berlanjutan ke rubber set sebelum dimenangi pasangan negara dengan keputusan 21-15, 14-21, 21-14 dalam masa 59 minit.

Perlawanan ke-4 adalah perseorangan wanita dimana pemain muda, Tee Jing Yi menjadi pertaruhan negara. Dia yang turun menentang pemain no.6 dunia, Bae Youn Joo. Jing Yi tewas mudah dengan mata 21-11, 21-11 dalam masa hanya 27 minit. Dia langsung tiada tandingan kepada pemain Korea yang lebih berpengalaman itu.

Pasangan Eei Hui-Pei Tty tewas mata penentuan
Pertarungan terpaksa ditentukan dalam perlawanan terakhir iaitu beregu wanita. Pasangan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui turun menentang pasangan Korea yang berada dalam kedudukan lebih baik dalam rangking BWF. Pasangan negara yang kini berada di rangking 46 manakala lawan mereka, Kim Min Jung dan Ha Jung Eun berada pada rangking 17. Ternyata itu menjadi perbezaan apabila pasangan negara tunduk 21-19, 16-21, 10-21.

Dalam 1 lagi suku akhir, tuan rumah, China menewaskan India 3-1. China akan bertemu Korea di peringkat separuh akhir. Esok 2 lagi suku akhir akan berlangsung dengan Denmark menentang Taiwan dan Indonesia menetang Jepun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...