Pasukan pilihan, China dan Indonesia menepati ramalan apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pada sesi pagi.
|
Lin Dan menyubang mata kedua China dengan menewaskan Marc Zwiebler |
Tuan rumah dan pilihan pertama, China menewaskan wakil Eropah, Jerman 4-1 dalm perlawanan pertama kumpulan A. Lin Dan, Pasangan beregu, Fu Hai Feng dan Cai Yun serta pasangan beregu campuran, Chen Xu dan Ma Jin memberikan 3 mata pertama China selepas mudah menewaskan lawan masing-masing dengan straight-set. China bagaimanapun dikejutkan apabila pemain perseorangan wanita nombor 1 dunia, Wang Shi Xian kalah mengejut kepada Julianne Schenk juga dengan keputusan straight-set. Pasangan beregu wanita yang turun pada perlawanan terakhir kembali menceriakan penyokong tuan rumah dengan menewaskan lawan mereka untuk keputusan 4-1.
|
Simon menyamakan kedudukan dengan Russia pada perlawanan ke-2 |
Indonesia, yang berada dalam kumpulan sama dengan Malaysia juga mudah menewaskan satu lagi pasukan Eropah, Russia. Russia bermula cemerlang apabila pasangan beregu campuran mereka menewaskan pasangan Indonesia, Fran Kurniawan dan Pia Zebadiah dengan straight-set. Bagaimanapun kesemua 4 perlawanan selepas itu mudah dimenangi Indonesia termasuk perseorangan lelaki, Simon santoso dan pasangan beregu, Mohamad Ahsan dan Bona Septano. Indonesia diletakkan sebagai pilihan 3/4 dalam kejohanan ini.
Malam ini 2 lagi perlawanan akan berlangsung melibatkan pasukan pilihan ke-2, Denmark menentang England dan pilihan 3/4 Taiwan menetang India. Perlawanan bermula jam 7 petang waktu Malaysia.
No comments:
Post a Comment