Thursday, 26 May 2011

Piala Sudirman: Malaysia Tumbang Ditangan Korea


Malaysia gagal mencapai sasaran mara ke separuh akhir kejohanan badminton Piala Sudirman 2011 apabila dikecewakan Korea selatan 3-2 dalam peringkat suku akhir. Meskipun mendahului 2-1 selepas 3 perlawanan, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Korea yang memiliki skuad yang lebih lengkap berbanding Malaysia. 

Perlawanan pertama menemukan pasangan beregu campuran Koo Kien Keat dan Chin Eei Hui dengan pasangan Korea Ko Sung Hyun dan Jung Eun Ha. Pasangan Korea yang menduduki rangking ke-8 BWF itu ternyata bukan tandingan pasangan Malaysia. Mereka menenundukkan Koo dan Chin dengan straight set 21-17, 21-17.

Kemudian, pemain no. 1 dunia, Lee Chong Wei turun dalam misi untuk mengambalikan pasukan negara dalam perburuan tempat ke separuh akhir. Beliau memang tidak menghampakan apabila mudah menewaskan Park Sung Hwan dengan keputusan 21-18, 21-14.

Skuad negara kemudiannya mendahului Korea 2-1 apabila pasangan beregu lelaki yang meletakkan Tan Boon Heong berpasangan dengan Hoon Thien How, satu percaturan taktikal dari Malaysia, menewaskan pasangan Korea, Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung. Pertembungan sengit itu berlanjutan ke rubber set sebelum dimenangi pasangan negara dengan keputusan 21-15, 14-21, 21-14 dalam masa 59 minit.

Perlawanan ke-4 adalah perseorangan wanita dimana pemain muda, Tee Jing Yi menjadi pertaruhan negara. Dia yang turun menentang pemain no.6 dunia, Bae Youn Joo. Jing Yi tewas mudah dengan mata 21-11, 21-11 dalam masa hanya 27 minit. Dia langsung tiada tandingan kepada pemain Korea yang lebih berpengalaman itu.

Pasangan Eei Hui-Pei Tty tewas mata penentuan
Pertarungan terpaksa ditentukan dalam perlawanan terakhir iaitu beregu wanita. Pasangan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui turun menentang pasangan Korea yang berada dalam kedudukan lebih baik dalam rangking BWF. Pasangan negara yang kini berada di rangking 46 manakala lawan mereka, Kim Min Jung dan Ha Jung Eun berada pada rangking 17. Ternyata itu menjadi perbezaan apabila pasangan negara tunduk 21-19, 16-21, 10-21.

Dalam 1 lagi suku akhir, tuan rumah, China menewaskan India 3-1. China akan bertemu Korea di peringkat separuh akhir. Esok 2 lagi suku akhir akan berlangsung dengan Denmark menentang Taiwan dan Indonesia menetang Jepun.

Wednesday, 25 May 2011

Malaysia Tempah Laluan Sukar; Bertemu Korea di Suku Akhir


Kekalahan tipis Malaysia kepada Indonesia 3-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan memaksa Malaysia melalui jalan sukar sekiranya ingin mara ke separuh akhir dan mencapai sasaran awal BAM.

Chong Wei mudah menewaskan pemain muda Indonesia
Korea Selatan menunggu Malaysia dalam peringkat suku akhir yang akan berlangsung malam ini jam 7 malam. Walaupun Korea Selatan juga seperti Malaysia diletakkan sebagai pilihan 5/8 dalam kejohanan dwitahunan ini, kejayaan mereka menewaskan gergasi Eropah, Denmark, pilihan kedua kejohanan di peringkat kumpulan seharusnya dirisaukan.

Dalam perlawanan semalam, hanya pemain-pemain lelaki yang menyerlah dan berjaya menyumbang mata kepada Malaysia sebaliknya, pemain-pemain wanita dilihat masih belum mampu untuk menyaingi lawan yang lebih berupaya. Lee Chong Wei dan pasangan beregu, Koo dan Tan berjaya menewaskan lawan dengan mudah.

Pasangan Pei Tty-Eei Hui gagl memnerikan persembahan terbaik
Selain pertemuan Malaysia-Korea, tuan rumah China juga akan turun malam ini menentang India pada masa yang sama. 2 lagi perlawnaan suku akhir berlangsung malam esok dengan Pilihan 3/4, Taiwan menentang pilihan kedua, Denmark dan Indonesia menetang Jepun.

Sunday, 22 May 2011

Keputusan Piala Sudirman 2011 (Hari 1, Sesi Malam); Denmark Benam England 5-0

Pilihan Kedua, Denmark menunjukkan keupayaan sebenar mereka selepas mudah membenam pasukan England 5-0 dalam perlawanan pertama mereka pada sesi malam.

Peter gade mudah menewaskan pemain England, Rajiv Ouseph

Denmark memperoleh kemenangan pertama menerusi pasangan beregu campuran mereka, yang berjaya bangkit dari ketinggalan satu set untuk menang dalam rubber-game. Peter Gade kemudiannya turun dan mudah menewaskan cabaran Rajiv Ouseph dengan straight set. Pasangan beregu lelaki juga mengalami situasi yang sama seperti pasangan beregu campuran untuk bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan lawan mereka. Denmark memastikan kemenangan mutlak 5-0 selepas perseorangan dan beregu wanita mereka mudah menewaskan lawan masing-masing.

Dalam 1 lagi perlawanan, Taiwan yang diletakkan sebagai pilihan 3/4 terpaksa bekerja keras untuk menewaskan India, 3-2. Berikut keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung pada sesi malam


Keputusan Semua perlawanan pada Hari 1

Keputusan Piala Sudirman 2011 (Hari 1, Sesi Pagi); China, Indonesia Tepati Ramalan

Pasukan pilihan, China dan Indonesia menepati ramalan apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pada sesi pagi.

Lin Dan menyubang mata kedua China dengan menewaskan Marc Zwiebler
Tuan rumah dan pilihan pertama, China menewaskan wakil Eropah, Jerman 4-1 dalm perlawanan pertama kumpulan A. Lin Dan, Pasangan beregu, Fu Hai Feng dan Cai Yun serta pasangan beregu campuran, Chen Xu dan Ma Jin memberikan 3 mata pertama China selepas mudah menewaskan lawan masing-masing dengan straight-set. China bagaimanapun dikejutkan apabila pemain perseorangan wanita nombor 1 dunia, Wang Shi Xian kalah mengejut kepada Julianne Schenk juga dengan keputusan straight-set. Pasangan beregu wanita yang turun pada perlawanan terakhir kembali menceriakan penyokong tuan rumah dengan menewaskan lawan mereka untuk keputusan 4-1.

Simon menyamakan kedudukan dengan Russia pada perlawanan ke-2
Indonesia, yang berada dalam kumpulan sama dengan Malaysia juga mudah menewaskan satu lagi pasukan Eropah, Russia. Russia bermula cemerlang apabila pasangan beregu campuran mereka menewaskan pasangan Indonesia, Fran Kurniawan dan Pia Zebadiah dengan straight-set. Bagaimanapun kesemua 4 perlawanan selepas itu mudah dimenangi Indonesia termasuk perseorangan lelaki, Simon santoso dan pasangan beregu, Mohamad Ahsan dan Bona Septano. Indonesia diletakkan sebagai pilihan 3/4 dalam kejohanan ini.

Malam ini 2 lagi perlawanan akan berlangsung melibatkan pasukan pilihan ke-2, Denmark menentang England dan pilihan 3/4 Taiwan menetang India. Perlawanan bermula jam 7 petang waktu Malaysia.

Saturday, 21 May 2011

Kejohanan Piala Sudirman 2011; Chong Wei Ketuai Cabaran Negara


Lee Chong wei akan mengetuai cabaran skuad badminton negara dalam aksi kejohanan Piala Sudirman di Qingdao, China, bermula esok, 22 Mei hingga 29 Mei ini. Malaysia belum pernah memenangai kejohanan berpasukan campuran dwitahunan ini sejak diperkenalkan pada tahun 1989 dengan Indonesia menjadi tuan rumah pertama.

Chong Wei ketuai cabaran skuad negara
 BAM meletakkan sasaran mara ke separuh akhir untuk kejohanan ini; 1 tugas yang agak berat memandangkan Malaysia hanya mempunyai skuad lelaki yang mantap sedangkan skuad wanita agak tidak konsisten dan masih jauh jika dibandingkan dengan negara lain seperti China dan Korea. Aksi terbaik Malaysia sebelum ini adalah dalam kejohanan sebelum ini di Guangzhou dimana Malaysia layak ke suku akhir sebelum ditewaskan pasukan china; yang muncul juara ketika itu.

Malaysia, yang diletakkan sebagai pilihan 5/8 diundi dalam kumpulan B bersama-sama pilihan 3/4 Indonesia dan pilihan 9/12 Russia. Mereka akan bermain dalam format liga. Pilihan pertama, China diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama Jepun dan Jerman. Denmark sebagai pilihan kedua pula diundi dalam kumpulan D bersama Korea Selatan dan England. Satu lagi kumpulan terdiri daripada pilihan 3/4 Taiwan, Thailand dan India.

Kien Keat-Boon Heong menjadi harapan mencari mata
Berikut adalah Senarai 12 pemain yang terpilih menyertai skuad Negara dalam kejohanan ini;


Semua aksi kejohanan Badminton Piala Sudirman yang melibatkan Malaysia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran khas 810 dan 830 Astro sepanjang minggu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...