Wednesday, 22 June 2011

Lee Chong Wei Mara ke Pusingan Kedua Terbuka Indonesia

Pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah besar untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia Superseries Premier. Chong yang juga pilihan pertama kejohanan itu mudah menundukkan wakil tuan rumah, Tommy Sugiarto dalam straight set. Dia menang 21-16, 21-8 dalam masa 32 minit sahaja. Dalam pusingan kedua esok, Chong Wei akan menentang samaada wakil Hong Kong, Wong Wing Ki ataupun wakil Perancis Brice Leverdez.

Turut mara ke pusingan kedua adalah pilihan kedua kejohanan, Lin Dan dari China. Lin Dan juga mudah menewaskan pemain tuan rumah Yunus Alamsyah 21-12, 21-15 dalam masa 41 minit. Rakan sepasukan Lin Dan yang juga pilihan keempat, Chen Long juga tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen untuk menempah tempat di pusingan kedua.

Dalam acara beregu lelaki, 1 wakil negara tersingkir apabila tewas dalam pusingan pertama. Pasangan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen tewas dalam 2 set kepada pasangan Jepun Shoji Sato-Naoki Kawamae dengan keputusan 21-10,21-19. 3 lagi pasangan negara belum lagi turun beraksi termasuklah pilihan keempat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...