Sunday, 26 June 2011

Chong Wei Juara Terbuka Indonesia

Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia apabila mudah menewaskan pemain Denmark, Peter Gade dalam perlawanan akhir sebentar tadi. Chong Wei menang straight set 21-11, 21-7 dalam masa hanya 31 minit. Dengan kejayaan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah USD 45,000 ataupun RM 135,000. Ini adalah kejuaraan ke-6 Lee Chong wei tahun ini.

Thursday, 23 June 2011

3 Wakil Negara Teruskan Kemaraan di Istora Senayan

Lee Chong Wei, pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui melepasi halangan masing-masing di pusingan kedua untuk melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan badminton Terbuka Indonesia Superseries premier di Istora Senayan, Jakarta.

Pada peringkat sukuu akhir hari ini, Chong Wei akan bertemu pemain Vietnam yang juga pilihan ke-7 kejohanan, Nguyen Tien Minh. Pasangan Koo dan Tan pula akan berdepan pemain tuan rumah Mohd Ahsan dan Bona Septano manakala pasangan Wong dan Chin juga akan bertemu pasangan tuan rumah, Vita Marissa dan Nadya Melati.

Lee Chong Wei Mara ke Suku Akhir

Lee Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat suku akhir terbuka Indonesia apabila menewaskan lawan dengan straight set. Chong Wei menumpaskan pemain Hong Kong Wong Ki Wing 21-17, 21-12 dalam masa hanya 29 minit.


Terdahulu pasangan beregu wanita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga mara selepas menewaskan pasangan dari Kanada dalam pertarungan 3 set. 1 lagi wakil Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan turun beraksi lewat malam ini untuk mencari tempat ke suku akhir.

Wednesday, 22 June 2011

Hanya 3 Wakil Negara Mara ke Pusingan Kedua Terbuka Indonesia

Daripada 7 wakil yang ada di pusingan pertama semalam, hanya 3 daripadanya yang melepasi halangan dan layak ke pusingan kedua Badminton Terbuka Indonesia Superseries Premier. Hanya Lee Chong wei, pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita tunggal, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang akan meneruskan cabaran di pusingan kedua.

3 pasangan beregu lelaki dan 1 perseorangn lelaki terkandas. Pasangan  Fairuzizuan-Ong Soon Hock, Zakry-Hoon Thien How dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen semuanya tewas mudah dalam straight set kepada lawan masing-masing. Perseorangan muda negara, Daren Liew pula hampir mencipta kejutan keatas pemain pilihan ketiga yang juga jaguh tuan rumah, Taufik Hidayat sebelum tewas dalam 3 set 30-28, 21-23, 21-12.


Di pusingan kedua hari ini, Lee Chong wei akan bertemu pemain Hong Kong, Wong Ki Wing dimana dia dijangka akan melalui jalan mudah ke suku akhir. Pasangan Wong-Chin pula akan berdepan pasangan Kanada, Nicole Grether-Charmaine Reid dan pasangan Koo-Tan akan bertemu pasangan Jepun, Shoji Sato-Naoki Kawamae yang sebelum ini menewaskan pasangan Gan-Tan di pusingan pertama semalam.

Lee Chong Wei Mara ke Pusingan Kedua Terbuka Indonesia

Pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah besar untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia Superseries Premier. Chong yang juga pilihan pertama kejohanan itu mudah menundukkan wakil tuan rumah, Tommy Sugiarto dalam straight set. Dia menang 21-16, 21-8 dalam masa 32 minit sahaja. Dalam pusingan kedua esok, Chong Wei akan menentang samaada wakil Hong Kong, Wong Wing Ki ataupun wakil Perancis Brice Leverdez.

Turut mara ke pusingan kedua adalah pilihan kedua kejohanan, Lin Dan dari China. Lin Dan juga mudah menewaskan pemain tuan rumah Yunus Alamsyah 21-12, 21-15 dalam masa 41 minit. Rakan sepasukan Lin Dan yang juga pilihan keempat, Chen Long juga tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen untuk menempah tempat di pusingan kedua.

Dalam acara beregu lelaki, 1 wakil negara tersingkir apabila tewas dalam pusingan pertama. Pasangan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen tewas dalam 2 set kepada pasangan Jepun Shoji Sato-Naoki Kawamae dengan keputusan 21-10,21-19. 3 lagi pasangan negara belum lagi turun beraksi termasuklah pilihan keempat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Tuesday, 21 June 2011

Jadual Perlawanan Pemain Negara di Terbuka Indonesia

Chong Wei mulakan saingan menentang Tommy Sugiarto
Pusingan pertama Terbuka Indonesia bermula hari ini dengan 7 wakil negara dijadual menentang lawan masing-masing bermula dengan pemain no 1 Dunia, Lee Chong Wei. Berikut adalah jadual dan lawan pemain-pemain Malaysia dalm pusingan Pertama yang bermula jam 9 pagi ini waktu Indonesia.


Perseorangan Lelaki

(1)Lee Chong Wei vs. Tommy Sugiarto (Ina)
Daren Liew vs. (3)Taufik Hidayat (Ina)

Beregu Lelaki

(4)Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs. Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon (Tha)
Zakry Latif-Hoon Thien How vs. Mohd Ahsan-Bona Septano (Ina)
Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock vs. (6)Lee Sheng Mu-Fang Chieh Min (Tpe)
Tan Bin Shen-Gan Teik Chai vs. Shoji Sato-Naoki Kawamae (Jpn)

Beregu Wanita

Wong Pei Tty-Chin Eei Hui vs. Marie Roepke-Line Kruse (Den)

Monday, 20 June 2011

Pemain Negara Mulakan Saingan di Terbuka Indonesia

Saingan kejohanan Badminton Terbuka Indonesia Superseries Premier bermula hari ini dengan cabaran Malaysia dipikul oleh 8 wakil. 3 perseorangan lelaki, 4 pasangan beregu lelaki dan 1 beregu wanita akan bertarung untuk meraih gelaran salah satu dari 5 kejohanan teratas Superseries iaitu Superseries Premier.
Chong Wei diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan
Lee Chong Wei merupakan harapan terbaik negara untuk meraih kejuaraan. Pemain nombor 1 dunia itu juga merupakan pilihan pertama kejohanan yang menawarkankan hadiah keseluruhan bernilai USD600,000 ataupun hampir RM1.8 Juta. 2 lagi pemain perseorangan iaitu Daren Liew dan Hafiz Hashim akan memulakan saingan hari ini di peringkat kelayakan. Daren akan berdepan pemain tuan rumah, Indra Bagus manakala Hafia akan menentang pemain Taiwan, Hsuan Yi Hsueh.
Koo dan Tan diharap dapat mempamerkan aksi meyakinkan di Jakarta
4 pasangan beregu lelaki iaitu pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock, Zakry Latif-Hoon Thien How dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen kesemua layak terus kepusingan pertama dan akan turun bermain esok. Begitu juga pasangan beregu Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang terus kepusingan pertama esok. Pertaruhan Malaysia tentunya kepada pasangan Koo dan Tan yang diletakkan sebagai pilihan keempat untuk mencipta kejutan.
Lin Dan akan beraksi selepas menarik diri pada perlawanan akhir Terbuka Singapura
Hampir kesemua pemain terbaik dunia mengesahkan penyertaan di kejohanan ini. Antaranya Lin Dan, Taufik Hidayat, Peter Gade, pasangan beregu Lee Yong Dae-Jung Jae Sung dan Cai Yun-Fu Haifeng.

Thursday, 16 June 2011

Cabaran Negara di Terbuka Singapura Berakhir

Tiada wakil Malaysia dalam peringkat suku akhir Terbuka Singapura Superseries apabila kesemua 4 wakil menerima kekalahan dalam pusingan kedua hari ini. 3 beregu lelaki dan terdahulu 1 beregu wanita negara terpaksa pulang lebih awal kerana tewas dalam perlawanan masing-masing.

Pasangan Fairuzizuan-Ong Soon Hock tewas kepada pilihan kedua dari korea Lee Yong Dae-Jung Jae Sung dalam straight set 21-17, 21-8. Kemudian, pasangan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen pula tunduk kepada pasangan China yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Chai Biao-Guo Zhengdong juga dengan straight set 21-17, 21-18 dalam masa 38 minit. Pasangan terakhir negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong turut kecundang mudah dengan 2 set dalam tempoh hanya 29 minit. Mereka tunduk kepada pasangan Jepun Hashimoto-Hirata dengan keputusan 21-16, 21-14. Pasangan beregu wanita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang turn lebih awal juga tewas mudah.

Pasangan muda Mak dan Tan tewas mudah kepada pasangan Jepun
Kekalahan semua pemain ini bermakna berakhirlah cabaran Malaysia dalam kejohanan Terbuka Singapura tahun ini. Perseorangan no 1 dunia, Lee Chong Wei dan beregu no1 negara Koo-Tan tidak beraksi kerana memberi tumpuan kepada Kejohanan Terbuka Indonesia Superseries premier yang akan bermula minggu depan.


Jadual BWF SuperSeries 2011

Pei Tty- Eei Hui Kandas di Pusingan Kedua Terbuka Singapura


Beregu wanita tunggal negara, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui gagal meneruskan kemaraan dalam kejohanan Badminton Terbuka Singapura Superseries apabila kecundang dipusing kedua hari ini. Mereka tupas straight set 21-12, 21-17 kepada pasangan dari Indonesia, Vita Marissa dan Nadya Melati. Pasangan negara itu masih lagi menanti kejuaraan pertama mereka musim ini dimana prestasi mereka dilihat agak merosot sehingga jatuh ke rangking 33 dunia kini.

Kejutan terbesar hari ini adalah kekalahan pemain perseorangan lelaki pilihan pertama, Taufik Hidayat dari Indonesia. Taufik kalah dalam pertarungan 3 set kepada pemain muda China, Wang Zhengming dengan keputusan 16-21, 22-20, 13-21 dalam masa 59 minit.


3 pasangan beregu lelaki negara akan turun lewat hari ini untuk memburu tempat ke peringkat suku akhir.

Wednesday, 15 June 2011

Terbuka Singapura: 4 Pasangan Beregu Mara ke Pusingan Kedua



3 pasangan beregu lelaki dan 1 beregu wanita negara mara ke pusingan kedua kejohanan Badminton Superseries Terbuka Singapura. Pasangan beregu lelaki Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan beregu tunggal wanita, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui menewaskan pasangan masing-masing di pusingan pertama untuk melangkah ke pusingan seterusnya. bagaimanapun pemain perseorangan lelaki tunggal negara yang beraksi di pusingan pertama kecundang di tangan pilihan pertama, Taufik Hidayat dengan permainan 3 set.


Pasangan Chin-Wong memburu kemenangan pertam tahun ini
Dalam pusingan kedua yang akan berlangsung petang ini, Fairuz-Ong akan berdepan cabaran getir pilihan kedua dari Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae manakala pasangan Gan-Tan akan menentang pasangan China pilihan ketujuh, Chai Biao-Guo Zhengdong. Satu lagi pasangan, Mak-Tan mempunyai laluan lebih mudah berbanding 2 pasangan sebelum apabila berdepan beregu dari Jepun, Hashimoto-Hirata untuk tempat ke suku akhir. Beregu wanita Wong-Chin akan bertemu pasangan Indonesia, Vita Marissa dan Nadya Melati di pusingan kedua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...