Friday, 25 March 2011

Liga Badminton Kebangsaan Bakal Diwujudkan..???


Pembangunan badminton di nagara kini tampak perlahan dengan kekurangan pemain-pemain pelapis yang mampu membawa cabaran negara di peringkat tertinggi. Pemain no1 dunia, Lee Chong Wei menyarankan agar 1 Liga badminton peringkat kebangsaan diwujudkan bagi memberikan lebih pendedahan kepada pemain pelapis dan juga mencari bakat-bakat baru. Kewujudan Liga badminton ini sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan prestasi pemain dengan beraksi secara kompetetif untuk tempoh masa yang panjang.

Chong Wei yang sebelum ini dijemput untuk menyertai Liga badminton di China dan Indonesia melihat dengan adanya liga ini, pemain dapat mengasah bakat pertandingan, tidak seperti sekarang yang hanya berlatih dalam latihan. Liga di China berlangsung selama 4 bulan manakala Liga di Indonesia lebih singkat dengan masa hanya 1 minggu sahaja. Ini juga dapat memberikan peminat-peminat badminton di seluruh negara peluang untuk terus mengikuti sukan badminton berterusan tidak hanya semasa kejohanan-kejohanan besar seperti Superseries dan Grand Prix sahaja.

Malaysia sememangnya tidak tandus daripada penajaan dari korporat dan untuk mewujudkan Liga Badminton ini sememangnya tidak menjadi masalah besar kepada BAM. Mungkin dalam masa terdekat boleh diadakan secara sederhana, menggunakan 1 tempat sahaja sebelum diluaskan ke seluruh negara dan menjemput pemain-pemain terbaik dunia untuk turut beraksi. Liga ini akan meningkatkan lagi mutu badminton Negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...