Monday, 28 March 2011

Chong Wei Lawan Taufik Bantu Mangsa Tsunami


Pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat bersetutju untuk menentang kawan baiknya, Lee Chong Wei dalam 1 perlawanan amal mengutip derma membantu mangsa Tsunami Jepun. Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada hari ahad ini, 3 April. Tiket bernilai RM10 akan dikenakan kepada penonton dan 30% daripadanya akan disumbangkan terus kepada tabung Tsunami Jepun. Lee Chong Wei yang juga akan melelong baju, kasut dan raket yang digunakannya semasa memenangi kejohanan All-England awal bulan lalu pada acara itu, berharap dapat mengumpul sehingga RM1 Juta hasil sumbangan orang ramai yang menghadirkan diri termasuk sumbangan korporat.

Sebelum perlawanan di Bukit Kiara, Chong Wei juga akan membuat perlawanan amal di negeri kelahirannya, Pulau Pinang juga untuk mangsa Tsunami sehari sebelum itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menentang Lee Chong Wei pada hari itu.

Para peminat badminton diharap dapat hadir memberi sokongan beramai-ramai sambil membantu mangsa Tsunami di Jepun pada kedua-dua acara.

Friday, 25 March 2011

Liga Badminton Kebangsaan Bakal Diwujudkan..???


Pembangunan badminton di nagara kini tampak perlahan dengan kekurangan pemain-pemain pelapis yang mampu membawa cabaran negara di peringkat tertinggi. Pemain no1 dunia, Lee Chong Wei menyarankan agar 1 Liga badminton peringkat kebangsaan diwujudkan bagi memberikan lebih pendedahan kepada pemain pelapis dan juga mencari bakat-bakat baru. Kewujudan Liga badminton ini sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan prestasi pemain dengan beraksi secara kompetetif untuk tempoh masa yang panjang.

Chong Wei yang sebelum ini dijemput untuk menyertai Liga badminton di China dan Indonesia melihat dengan adanya liga ini, pemain dapat mengasah bakat pertandingan, tidak seperti sekarang yang hanya berlatih dalam latihan. Liga di China berlangsung selama 4 bulan manakala Liga di Indonesia lebih singkat dengan masa hanya 1 minggu sahaja. Ini juga dapat memberikan peminat-peminat badminton di seluruh negara peluang untuk terus mengikuti sukan badminton berterusan tidak hanya semasa kejohanan-kejohanan besar seperti Superseries dan Grand Prix sahaja.

Malaysia sememangnya tidak tandus daripada penajaan dari korporat dan untuk mewujudkan Liga Badminton ini sememangnya tidak menjadi masalah besar kepada BAM. Mungkin dalam masa terdekat boleh diadakan secara sederhana, menggunakan 1 tempat sahaja sebelum diluaskan ke seluruh negara dan menjemput pemain-pemain terbaik dunia untuk turut beraksi. Liga ini akan meningkatkan lagi mutu badminton Negara.

Thursday, 24 March 2011

Chong Wei Harap Misbun Kembali


Lee Chong Wei berharap agar mentornya, Datuk Misbun Sidek dapat kembali untuk bersama BAM untuk terus melatihnya menghadapi Sukan Olimpik di London pada 2012. Misbun yang meninggalkan BAM 4 bulan lepas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan BAM masih belum membuat keputusan tentang kedudukan beliau dan masih enggan untuk kembali. Chong Wei yang masih segar dari kejayaan di All-England awal bulan lalu kini berlatih bersama Tey Siu Bock. Misbun membantu Lee Chong wei untuk menang pinagt perak olimpik di Beijing pada 2008 selepas kecundang di tangan Lin Dan dan Lee Chong Wei menegaskan bahawa Misbun adalah watak utama yang akan membantu beliau dalam usaha untuk meraih emas pertama negara di London nanti.

Monday, 21 March 2011

Di Mana Pengganti Lee Chong Wei..???



Tidak dapat dinafikan Lee Chong Wei merupakan pemain badminton terbaik dari Malaysia pernah bermain sukan ini. Chong Wei yang kini berusia 28 tahun cemerlang apabila mengekalkan kejuaraan All-England apabila menewaskan musuh tradisi, Lin Dan. Prestasi Chong Wei amat konsisten dan jarang sekali memberikan permainan yang mengecewakan. Dia adalah harapan terbaik negara untuk mendapatkan pingat emas olimpik pertama di London2012 nanti. Persoalannya kini, siapa yang akan menggantikan Lee Chong Wei yang dikatakan akan bersara selepas Sukan Olimpik itu. Dimana pemain-pemain pelapis negara? Adakah zaman kegemilangan Badminton negara hampir berakhir? Mungkinkah Chong Wei pemain terakhir negara yang pernah berada di posisi no1 dunia?

Melihat kepada senarai pemain-pemain pelapis negara, tiada satu pun dilihat mempunyai potensi dan kebolehan untuk manjadi pengganti Lee Chong Wei, malah tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa mereka mamang jauh ketinggalan daripada pemain-pemain pelapis negara lain. Antara pemain pelapis negara adalah Tan Chung Seang, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng, Daren Liew dan Mohd Arif Latif. Pemain pelapis negara ini rata-rata berusia 21-23 tahun. Tiada satu pun antara mereka memiliki rangking yang baik dalam senarai rangking BWF. Yang terbaik Daren Liew, itupun hanya berada di rangking 90! Mereka semua tidak layak untuk bermain di sirkit Suprseries kerana rangking yang agak rendah. Jika dibandingkan, Lee Chong Wei memenangi kejuaraan Terbuka Malayisa pada tahun 2004, ketika berusia 24 tahun dan banyak beraksi dikejohanan utama peringkat dunia ketika itu, tetapi tiada satu pun pemain pelapis berjaya mengikut jejak langkah Lee Chong Wei, malah amat jauh sekali.

China merupakan negara yang paling hebat melahirkan pemain-pemain pelapis badminton yang baik. Antaranya adalah Chen Long (rangking 4 dunia), Du Pengyu (9) dan Wang ZhengMing (18). mereka semua berusia awal 20-an dengan Cheng Long berusia 22 manakala Zheng Ming 21. mereka merupakan prospek yang sangat tinggi dan kini memang menjadi pemain yang digeruni semua pemain dalam kejohanan-kejohanan besar dunia. Mereka tidak mempunyai masalah besar kelak sekiranya Lin Dan bersara. Kejayaan China ini semamangnya patut dicontohi oleh Malaysia. Mungkin peruntukan yang besar disediakan kerajaan China membantu melahirkan atlet-atlet berbakat ini, tetapi Malaysia tidak kurang hebatnya juga. BAM mempunyai bajet yang besar setiap tahun malah dengan sumbangan besar dari korporat seperti Proton, Astro dan lain-lain, tentunya kewangan bukanlah masalah buat BAM.


Masa depan sukan Badminton negara kini dilihat agak samar, dengan Chong Wei mungkin hanya akan bermain untuk tempoh 2-3 tahun sahaja lagi. Sebelum badminton berkubur, BAM harus melakukan sesuatu untuk mengelak terjadinya perkara ini. Mereka harus lebih memberi peluang kepada atlit pelapis untuk bermain di peringkat antarabangsa. Pengalaman pemain muda ini amat kurang dan hanya inilah cara untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan pemain ini dengan mendedahkan mereka ke peringkat tertinggi. Pemain-pemain pula haruslah mengambil kesempatan ini sepenuhnya demi memartabatkan sukan badminton negara di masa depan nanti.

Saturday, 19 March 2011

Wong Choon Hann Tumbang di Separuh Akhir Terbuka Swiss


Wakil tunggal negara pada peringkat separuh akhir kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Switzerland, Wong Choon Hann ditewaskan pemain no.1 Korea, Park Sung Hwan 24-22, 21-13 awal pagi tadi. Jadi, tiada wakil Malaysia dalam saingan peringkat akhir pada hari ini. Final perseorangan lelaki akan menemukan 2 wakil Korea, Park Sung Hwan dan Lee Hyun Il. Korea juga telah mengesahkan kejuaraan bagi kategori beregu lelaki dan wanita apabila wakil mereka bertemu sesama sendiri pada final.

Thursday, 17 March 2011

Yonex Voltric 80 : Senjata Lee Chong Wei


Inilah raket yang digunakan oleh Juara All England 2011, Lee Chong Wei. Raket ini adala raket jenama Yonex model Voltric80. Raket terbaru keluaran syarikat pembuatan peralatan badminton no.1, Yonex adalah raket yang dicipta untuk memberikan prestasi yang optimum kepada pengguna.


Bahan utama dalam pembuatan raket ini adalah Nanopreme, bahan yang dihasilkan sendiri oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan Yonex. Menurut Lee Chong Wei, raket yang pertama kali digunakan pada kejuaraan All-England lalu memberi penggunanya kuasa untuk menyerang lawan dan juga kawalan yang lengkap ketika memukul bulu tangkis.


Raket ini akan mula berada di pasaran mulai Mac ini. Harga?? USD259.90 ataupun RM 785.00.

Wednesday, 16 March 2011

Jadual Badminton Super Series 2011

12 Siri Super BWF sepanjang tahun 2011:-

1. Malaysia (18-13 Januari)
2. Korea Selatan [premier] (25-30 Januari)
3. Seluruh England [premier] (8-13 Mac)
4. India (26 April – 1 Mei)
5. Singapura (14-19 Jun)
6. Indonesia [premier] (21-26 Jun)
7. China 1 (13-18 September)
8. Jepun (20-25 September)
9. Denmark [premier] (18-23 Oktober)
10. Perancis (25-30 Oktober)
11. Hong Kong (15-20 November)
12. China 2 [premier] (22-27 November)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...