Monday, 8 August 2011

Cabaran Negara di Kejohanan Dunia Bermula

Para pemain Malaysia memulakan cabaran dalam kejohanan Dunia Badminton 2011 di London hari ini. Taruhan utama untuk merangkul kejohanan Dunia tentunya dipikul oleh pemain perseorangan Utama negara, Lee Chong Wei. Chong Wei akan menentang pemain muda Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk di pusingan pertama hari ini. Chong Wei diletakkan sebagai pilihan pertama untuk kejohanan ini.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon heong pula hanya akan turun gelanggang lusa untuk pusingan kedua selepas mendapat 'bye' di pusingan pertama. Pasangan koo-tan diletakkan sebagai pilihan ke-4. Pusingan pertama berlangsung selama 2 hari iaitu hari ini dan esok. Berikut semua aksi pemain Malaysia hari ini:

Pusingan Pertama

Perseorangan Lelaki
(1)Lee Chong Wei vs Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand)

Beregu Lelaki
Zakry Latif-Hoon Thien How vs Howard Bach-Tony Gunawan (USA)
Chan Peng Soon-Lim Khim Wah vs Adam Cwalina-Michel Logosz (Poland)

Beregu Wanita
Ng Hui Lin-Ng Hui Ern vs Anna Kobceva-Elena Prus (Ukraine)
Wong Pei Tty-Chin Eei Hui vs Jenny Walwork-Gabrielle White (England)

Beregu Campuran
Chan Peng Soon-Goh Lui Ying vs Lino Munoz-Cynthia Gonzalez (Mexico)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...