Sunday, 10 April 2011

Chong Wei Feng Juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur


Pemain pelapis skuad negara, Chong Wei Feng menewaskan seorang lagi pemain pelapis Mohd Arif Latif untuk menjuarai Kejohanan Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur. Wei Feng menang dengan straight set 21-18, 21-13. Dalam kategori perseorangan wanita pula, pertembungan adik dan kakak antara Lydia Cheah dan Sonia Cheah berpihak kepada Lydia yang menang juga dengan straight set 21-14, 21-18. Kejohanan ini diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

Friday, 8 April 2011

Kontrak Baru Misbun Masih Dalam Penelitian


BAM masih lagi belum memuktamadkan butiran kontrak baru yang akan ditandatangani oleh Datuk Misbun Sidek. Menurut presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh, segala butiran mengenainya akan diumumkan termasuk tempoh untuk kontrak baru ini pada penghujung bulan ini. Misbun pada 1 april lalu akhirnya membuat keputusan untuk kembali bersama BAM setelah lama berteka-teki tentang statusnya apabila meletakkan jawatan jurulatih perseorangan Negara 31 Disember lalu.

Friday, 1 April 2011

Wong Mew Choo Gantung Raket


Pemain perseorangan wanita no1 negara, Wong Mew Choo semalam mengumumkan untuk bersara daripada arena Badminton kompetetif. Mew Choo yang kini berada di rangking 14 dunia sering mengalami kecederaan yang membataskan aksi beliau gagal beraksi cemerlang pada siri Super Series dan kejohanan utama dunia. Pemain yang berusia 27 tahun itu pernah menduduki rangking ke-7 dunia, iaitu rangking tertinggi beliau. Antara kejayaan Mew Choo dalam sukan badminton adalah menjuarai kejohanan Super Series Final 2009 dan memenangi kejuaraan Terbuka China pada 2007. Mew Choo juga memenangi pingat perak sukan Komanwel di Delhi tahun lepas dan juga di Doha pada 2006. Pada aksi sukan SEA, Mew Choo menang pingat emas pada 2003 di Kuala Lumpur.

BAM dalam kenyataan mengesahkan persaraan Mew Choo juga turut menyatakan akan menimbang mew Choo untuk jawatan jurulatih kepada skuad wanita negara. Pengalaman yang ada pada Mew Choo yang sudah 8 tahun beraksi di peringkat tertinggi di dunia sememangnya diharap dapat membantu meningkatkan prestasi badminton wanita negara dan juga membimbing pemain-pemain pelapis ke peringkat tertinggi.

Misbun Kembali Bersama BAM


Jurulatih perseorangan badminton Negara, Datuk Misbun Sidek hari ini membuat keputusan untuk kembali bersama BAM dengan menarik balik surat perletakan jawatan yang diserahkannya pada 31 disember tahun lalu. Presiden BAM Datuk Nadzmi Saleh menyatakan bahawa Misbun telah bersetuju untuk kembali menjadi jurulatih dan akan menandatangani kontrak baru tidak lama lagi. Misbun merupakan watak penting dalam sukan Badminton tanah air dan merupakan mentor kepada jaguh no1 dunia, Lee Chong Wei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...